Wednesday 19 June 2019

COOKER HOOD?!! APA BENDA TU ? PENYEDUT ASAP DAPUR..



Alat penyedut asap dapur, atau yang lebih sering disebut dengan cookerhood ini sudah banyak kita temui. Telah ada banyak jenis dan rupa ada dipasaran sekarang. dan ianya menjadikan kita semakin keliru untuk memilih manakahyang terbaik untuk kegunaan daur kita.



Fungsi utama dari cookerhood adalah untuk menyedut asap sisa pembakaran DAPUR semasa memasak. Selain itu cookerhood juga digunakan untuk mempercantik dapur anda, kerana bentuknya yang unik dan menarik.


Tapi, tahukah anda fungsi dan kegunaan satu-satu jenis cookerhood?


Berikut ini adalah beberapa kegunaan dan jenis-jenis dari cookerhood. 

Cookerhood berguna untuk membersihkan/ menyegarkan udara kotor yang datang dari proses memasak. Dengan cookerhood, asap yang dari sisa pembakaran dapur atau wap akibat memasak makanan tidak terhirup dan masuk ruangan rumah yang lain. Selain itu cookerhood juga membantu menyegarkan udara di dapur yang tidak memiliki ventilasi udara yang cukup.

Sering  juga pemasangan cookerhood tidak tepat, contoh hanya dipasang pada pantry (dapur yang jarang digunakan), dan hanya sebagai pelengkap cantiknya dapur

Padahal, benda ini jauh lebih diperlukan di ruangan dapur yang aktif memasak bagi membantu menarik buang asap dan wap masak.

Ada dua fungsi cookerhood, iaitu:


1. Evakuasi.- Pemindahan

Asap terus dibuang ke luar ruangan melalui cerobong atau hose terus bersambung ke luar.

Jenis ini pada kebiasaany dinding perlu di tebuk untuk menyalurkan hose dan asap serta wap masakan akan di tarik buang ke luar rumah.

Jenis Ini Seeloknya, kita pilih yang mempunyai kuasa sedutan minimal 1100m3. Ianya akan menarik asap dan wap secara effektif.


2. Resirkulasi - Peredaran Semula (recyle)

Asap yang ada di dalam ruangan disedut, lalu dibersihkan dan dineutralkan dengan sistem resirkulasi melalui Carbon/Charcoal (arang) Filter untuk meneutralkan aroma tidak sedap, sementara lonizer berfungsi untuk membunuh bakteria di udara. Sehingga, udara yang dialirkan kembali bebas bau, lebih bersih dan hygein.

Jenis ini, kita perlu alert, untuk menukar charcoal filter tersebut antara 6bulan atau setahun sekali mengikut kadar kekerapan memasak.


Jenis penghisap asap mengikut bentuk dan lokasi:-

1. Island Hood. Alat penyedut asap yang memiliki cerobong di saluran pembuangan, letaknya di tengah ruangan yang di ikat di siling ruangan. Di pasang diatas Island bar Di Dapur, dan jenis ini biasanya ada jenis sedut tarik asap dan wap ke luar rumah.

2. Slim Line Hood. Berbentuk tipis dan tidak memiliki cerobong pengeluaran ke luar ruangan seperti pada island hood. Jenis ini biasanya menggunakan charcoal filter.
3. Sliding Hood. Jenis ini cirinya terdapat pada cara mengaktifkannya, iaitu dengan cara menggeser panelnya.


4. Chimney Hood. Sama seperti island hood yaitu memiliki cerobong asap namun biasanya diletakkan di dinding rumah. 

Apapun jenis cookerhood yang digunakan harus disesuaikan dengan ukuran dapur yang digunakan. Selain itu, juga harus dipastikan jarak yang ideal antara cookerhood dan stove.

Jarak yang disarankan adalah sekitar 65 – 75 cm agar asap hasil memasak dapat disedut oleh cookerhood sebelum sempat menyebar memenuhi ruang dapur



Tips menyelenggara cookerhood:-




1. Lakukan pembersihan badan bahagian luar dari penghisap asap segera setiap selesai dilakukannya kegiatan masak-memasak di dapur. Caranya, lap menggunakan kain yang lembut dan kering agar tidak meggores badan alat. 


2. Gunakan kain yang telah dicelupkan dgn sabun agar sisa-sisa lemak mudah dibersihkan.


3. Cuci saringan/filter dengan air yang telah dicampur sabun.


4. Pembersihan saringan/filter dilakukan sesuai dengan jadual kegiatan masak-memasak, bila kegiatan memasak dilakukan setiap hari dengan waktu yang lama, maka pembersihan saringan dilakukan minimal dua hari sekali, tetapi bila jarang memasak di dapur maka pembersihan saringan cukup dilakukan seminggu sekali atau bila saringan telah terlihat kotor oleh jelaga.


5. Untuk mencegah haiwan seperti nyamuk, lipas, atau tikus masuk ke saluran maka untuk penghisap asap jenis Chimney sebaiknya menutup cerobong yang ada di luar rumah dengan ram/ kawat anti nyamuk agar jangan sampai cerobong ini menjadi pintu masuknya binatang dari luar rumah dan membuat dapur kita tidak sihat. Kebanyakkan cookerhood jenis sedut tarik asap dan wap keluar telah disediakan endcap yang mempunyai jaring bagi menghalang binatang perosak masuk ke rumah melalui hosenya.




No comments:

Post a Comment