Saturday, 7 January 2017

MANFAATKAN RUANG BAWAH TANGGA


Tempahan Siap Pada 5hb Januari 2017

Ruang di bawah tangga, seringkali menjadi ruang yang tidak dimanfaatkan dengan baik. Paling Umum, pemilik rumah hanya menjadikannya sebuah stor tanpa almari, tempat menyembunyikan barang-barang yang jarang dipakai. Padahal, ruang sempit ini boleh digunakan untuk perkara lain.

Ada banyak pilihan untuk menggunakan ruang di bawah tangga, sebagai contoh boleh dijadikani bilik mandi, peti simpanan, atau rak.
Cumanya jika hendak dijadikan bilik mandi, kedudukan tangga mestilah sesuai dan saiz tangga perlu lebih lebar dan besar supaya bilikmandi dapat digunakan dengan selesa.
Menjadi ruang bawah tangga sebagai bilik air sangat jarang dibuat, kerana kedudukan tangga, kediaman di Malaysia ini (perumahan) sering mengadapa ruang tamu.


Sumber : Wak google
Pilihan kedua, yang paling sering dilakukan orang adalah membuat peti simpanan atau almari kasut. ruangt ini digunakan oleh para pemilik rumah yang mempunyai ruang bawah tangga sempit sehingga, ruang itu hanya boleh memuatkan kabinet kasut
Rak Buku.

Dalam membuat kabinet buku diruangan bawah tangga, kita mengambil saiz sepadan rak buku, makanya akan ada ruang dibelakang kabinet tersebut yang akan ditinggalkan kosong.

Sungguhpun begitu, ada beberapa jenis buku yang kurang sesuai untuk ditempatkan diruangan kabinet bawah tangga. Sebagai contoh buku-buku keagamaan dan kitab-kitab agama dan yang sewaktu dengannya.
Maklumlah tangga, kita akan pijak diatasnya, so kurang sesuai lah nak letak buku dibawahnya.


Kabinet Display
Maksudnya untuk simpan aksesori hiasan, pinggan mangkuk cantik sebagai hiasam mahupun piala atau pingat2 yang diperolehi. Berikan sentuhan lampu sorot yang mengarah ke foto agar fokus pandangan jatuh ke foto. Pehhggg…cantik beb.

Sumber : Wak Google

Sumber Wak Google

Ruang bawah tangga boleh dijadikan:-
  1. Kabinet Panel Dan TV
  2. Kabinet Dapur
  3. Kabinet Buku
  4. Kabinet Kasut
  5. Kabinet Display
  6. Ruang Kerja – SOHO

Namun begitu ianya bergantung kepada dimana kedudukan tangga tersebut.
  1. Ruang Tamu
  2. Ruang Makan
  3. Ruang Dapur
  4. Ruang Family
Nah, mulai saat ini, cubalah untuk memanfaatkan kembali ruang kosong di bawah tangga anda. Jika anda mempunyai ruang kosong di bawah tangga, tanya kami.










No comments:

Post a Comment