Di dalam sesebuah rumah terdapat banyak bilik tidur, bilik mandi dan ruang tamu di rumah, tetapi HANYA ADA SATU DAPUR.
Pernahkah kite terfikir mengapa begitu?
Secara sederhana, dapur adalah jantung rumah dan kita hanya boleh mempunyai satu hati.
Melihat mengapa satu ruang ini sebegitu penting, berikut adalah 5 SEBAB mengapa dapur adalah jantung rumah kita.
1) Ia adalah "centre" rumah.
Tidak akan ada hari dalam hidup kita untuk tidak memasuki ruangan dapur. Ada ketikanya tidak perlu mempunyai sebarang alasan untuk berada di dapur.
Di sinilah hari kita bermula, di mana kita makan, bergaul dan bermesra. Dapur adalah hub sosial seluruh keluarga. Malah, ia adalah tempat untuk hampir semua dan ruang yang paling banyak digunakan di rumah.
Jadi tidak hairanlah kenapa ramai antara kita menyediakan sesuatu peruntukan yang besar untuk kelengkapan dapur.
2) Melalui Perut Terus ke Hati.
Terasa sangatlah masuk akal untuk mengatakan atau mengiktirafkan dapur itu adalah jantung bagi sesebuah kediaman.
Sebab apa..? KERANA DI SITULAH ADANYA MAKANAN.
Dapur adalah tempat yang sangat ajaib di mana bahan-bahan membeli-belah berubah menjadi hidangan makanan.
Jadi apa lagi nak dinafikan hak dapur itu sebagai jantung di rumah.
3) Family Bonding Adalah Sangat Berharga.
Dapur juga adalah ruang komunikasi yang sangat efisen. Kawasan yang sesuai untuk berbual sambil makan, untuk meraikan acara keluarga, tempat yang hangat untuk mengajar anak anak bagaimana untuk memasak resipi pertama mereka atau membantu membersih dan mengemas dapur.
Dapur adalah tempat di mana kita boleh menyampaikan cerita yang berlaku sepanjang hari pada keluarga. Dan semua ini merupakan masa bonding sesama ahli keluarga.
4) Ia adalah Ruang Hidup Baru.
Selama bertahun-tahun, dapur telah menjadi ruang tamu baru! Ruang ini kini menjadi hub untuk semua majlis dan hiburan sosial kerana makanan dan perbualan berjalan sempurna bersama-sama!
Sudahlah Sebelum ini dapur hanyalah dikenali sebagai tempat penyediaan makanan sahaja.
Jommm....Sekarang kita menikmati ruangan yang dibina untuk mencipta pelbagai kenangan bersama.
5) Disitulah Kita Berlatih dan Menyempurnakan Satu-satu
Resepi Masakan.
Bagi kebanyakan orang, dapur adalah jauh lebih daripada sekadar ruang yang kita dedikasikan untuk membuat makanan.
Ia adalah ruang kreatif, makmal masakan, di mana kita mencuba sendiri resipi baru, mengamalkan kemahiran memasak dan berasa bangga apabila menyarung apron untuk memasak.
Dengan semua sebab-sebab yang membuat dapur itu adalah jantung pada sesebuah rumah. Tidak menghairankan mengapa kami memegang nilai " Dapur Yang Membawa Keluarga Bersama"
Dapur kita haruslah cantik praktikal, selamat dan sempurna untuk semua ahli keluarga. Kita semua tahu kita perlu menjaga hati kita, jadi mengapa tidak menjaga dapur juga memandangkan kita telah mengatakan dapur itu adalah "jantung"
Sebagai pereka dapur, saya suka mencipta ruangan yang menakjubkan di mana kenangan sentiasa dicipta!
Jadi, jika dapur anda perlu menaik taraf, dimodenkan atau perlu diberikan nafas baru , hubungi kami dan lihat apa yang boleh kami lakukan dengan ruang dapur anda.
Dapur baru dengan rekabentuk dari pakar lebih berkesan daripada
anda fikirkannya sendiri!
Untuk panduan ubahsuai dapur dan tempahan kabinet boleh klik link di bawah :-
Hubungi Kami untuk tetapan ZIARAH DAN SUKAT di :-
.
Atau kunjungi kami di -
No.38, Medan Mak Intan
Jalan Mahkota
36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan
Atau kunjungi kami di -
No.38, Medan Mak Intan
Jalan Mahkota
36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan
No comments:
Post a Comment