Saturday, 30 November 2019

KAUNTERTOP DAPUR KENA BETUL, BARULAH CANTIK.

Hasil Kerja: Teratak Niaga

Perkara Paling Penting Dalam Sesebuah Susunatur Dapur Dan Kabinet-Kabinetnya Adalah Meja Kerjanya atau lebih dikenali dengan Panggilan KAUNTERTOP. Ada Pelbagai Bahan Dan Carakerja Untuk Menghasilkannya.

Pemilihan Bahan Bagi Menyediakan Kountertop Tersebut Haruslah Bersesuai Dengan Cara Pengurusan Dapur Sesebuah Keluarga, Bahan Untuk Kabinetnya Dan Juga Paling Penting, yang Menjadi Pertimbangan Utama Dalam menentukannya adalah kos.

Kountertop yang sangat popular di gunakan dan yang paling effektif dengan kos dan ketahanannya adalah KONKRIT SLAB DENGAN KEMASAN JUBIN.

Adalah penting untuk pastikan saiz bagi kauntertop adalah tepat dan baik, supaya boleh beri pelindung kepada kabinet akan dipasang kelak mahu pun keselamatan pengguna ruang dapur tersebut. Konkrit sifatnya yang tahan lasak dan kuat untuk menampung beban. Kombinasi antara konkrit dan tiles sangat cantik. Tambah-tambahan tiles yg dipilih jenis ukuran 2 x 2 atau 4 x 2.

Dibawah ini saya sertakan gambarajah saiz dan ukuran yang ideal bagi kaunter Top yang dibina dengan Konkrit Slab beserta kemasan jubin 2 x 2 mahupun 4 x 2.



p/s:
Had Ketinggian Siap Bagi Sesebuah Kauntertop Untuk 33" tinggi apabila apabila ketinggian isi rumah kurang 5' tinggi sehingga 5'6". Jika isi rumah atau pengelola ruang dapur (isteri/ibu/tukang masak) yang mempunyai ketinggian lebihd ari 5'8" tinggi, perlulah membina kauntertop dengan 36"tinggi.

KEISTIMEWAAN KAUNTERTOP KONKRIT

Kauntertop konkrit mempunyai banyak kelebihan, terutama ketahanan dan kekuatan serta keupayaannya untuk dibentuk dengan ukuran dimensi dapur kita. Dan siap dengan tepat ukuran yang kita mahukan. Ianya mesti digandingkan dengan jubin seramik, jubin granite mahupun dengan kepingan kuarza. Namun hanya dengan jubin yang menawarkan kos yang berpatutan.

Antara kelebihannya : -

1. Ianya boleh disesuaikan mengikut saiz dan dibentuk untuk sebarang konfigurasi dapur.




2. Tidak Mudah Bercalar Dan Tahan panas.


3. Boleh Disesuaikan dengan pelbagi kemasan. Seperti jubin 2x2 atau 4x2,  kepingan kuarza, kepingan granite, dan pelbagai lagi.



4. Ianya kuat dan bertahan lama.

5. Permukaan yang mudah untuk dibersihkan.

6. Penyelenggaraan yang mudah dan tidak kerap.

7. Boleh meningkatkan harga hartanah jika dibina dengan ukuran dan komposisi yang betul.


PENYELENGGARAAN

Kauntertop jenis konkrit dan kemasan jubin ini amatlah mudah untuk diselenggara. Setiap 9-12 bulan, hanya perlukan “conrete sealer” sebagai menampung bahagian simen di penyambung jubin dan “pledge’ sebagai pencuci dan pengilat. Itu sahaja.


Kuat, berpatutan, senang di jaga dan Cantik - itulah Kaunter Top KONKRIT SLAB DAN JUBIN




Semoga Bermanfaat.
-Siti Zanariah Zainudin


No comments:

Post a Comment