Monday 20 January 2020

TEMA DAPUR BERWARNA HIJAU BERI MANFAAT SEJUK



Secara psikologi, warna untuk reka bentuk dalaman sebuah ruang sangat penting. Nah, apakah maksud di sebalik reka bentuk dapur hijau yang dikatakan membuat kan dapur menjadi sejuk? 

Reka bentuk ruang dapur dengan warna  hijau boleh memberikan  keseimbangan pada keseluruhan pencahayaan dan suasana di dapur.

Mungkin ramai yang tidak tahu, maksud bagi  warna hijau adalah keseimbangan.  Yang wujud sebagai  warna harmoni untuk mengimbangi sifat-sifat negatif atau panas dalam sesebuah ruang.


Kesan keseimbangan dari tema hijau juga memberi pelbagai fungsi dalam menghasilkan makanan yang lazat. Jadi dengan menggunakan reka bentuk dapur hijau, bagus untuk memancar makna keseimbangan di dalam ruang


Warna hijau dipercayai dapat melegakan tekanan. Menerapkan reka bentuk dapur hijau dipercayai dapat membantu melegakan tekanan. Terutamanya apabila kita menambah kehijauan di sekitar kawasan dapur kediaman dengan sedikit pokok2 kecil, tentu saja kesan sejuk dan nyaman dari tanaman dalaman rumah  akan lebih tenang .


Kemudian, di dapur kan ada pisau dan tungku yang sangat tajam dan panas dan pasti bahaya jika kita menggunakannya dengan sambil lewa , kehadiran warna hijau ini membantu membri mood lebih waras untuk kita yag berada di dapur.



Hijau juga boleh membantu menghasilkan kesan yang sejuk dan santai. Kesan sejuk dan santai yang berpunca dari warna hijau pasti memberikan mood lebih kuat, jika kita mengecat dinding dapur dengan hijau. Terutamanya warna hijau gelap.

Hunter Green




Dibawah ini adalh beberapa contoh dapur yang bertemaka Hijau yang menjadi pilihan akak kabinet.





Mewah


Padanan Hijau Dan Sedikit Sentuhan Keemasan. Dapur Ini Kelihatan Gah.



Image result for green kitchen
Sweet green Dipadan dengan Persekitaran Yang Berwarna Putih, Kelihatan dapur Ini Sejuk Dan Tenang.

Image result for green kitchen
Bright Green : Kelihatan Ranggi Dapur Ini.


Semoga perkongsian kali ni memberi manfaat kepada anda yang berminat untuk mengaplikasikan tema hijau pada dapur.

Terima kasih
#SitiZanariahZainudin


No comments:

Post a Comment