Sunday 13 November 2016

REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT

DAPUR YANG MEMPUNYAI KISAH YANG TERSENDIRI

Assalamualaikum wbt 

Entry Kali Ni akak kabinet nak share kisah di balik pembikinan " Make Over Dapur Kediaman En Rahim DI Felcra Seberang Perak.

Besor betui dapur ni... ni nak main futsal 3 sebelah pun boleh ni. 
Projek kabinet dapur ni punya cerita tersendiri. 


20kaki pjg x 15kaki Lebar : Saiz Slab Sahaja

Seronok...?

Sudah tentu seronok bila client confirm projek dgn kite. 
Tetapi kegembiraan itu tak dapat dijelaskan demi menghormati isi rumah client ini. 

Al-fatihah buat isteri En. Rahim.

Puan datang untuk bincang-bincang berkenaan kabinet dapur... hasil dari perbincangan En. Rahim dan isteri pun bersetuju utk kami menZIARAHi kediaman mereka bagi kerja2 SUKAT. 

Seminggu berlalu...



Rekabentuk pun tersedia hasil dr beberapa ciri kehendak dan sedikit sentuhan cadangan dari akak kabinet. Pasangan suami isteri ni datang menziarahi opis akak kabinet yg comel ni... setelah bincang-bincang-bincang..nego-nego... adjust sana sini serba sedikit.

Makanya mereka.bersetuju melantik kami melaksanakan kerja2 bekal dan pasang kabinet.

" t.. akak tak bawak 50% deposit hari ni...tp ni ada sikit duit as booking payment boleh ke.. " 

" boleh kak...saya terima...nanti lagi 3 hari sy bersama staff perabut akan ziarah semula ke rumah akak...utk final sukat ..." 

" ok...mcm tu...masa ct dtg masa tu..akak bayar balance deposit ye.." 

Hari yg dijanjikan pun tiba..akak kabinet bersama staff nak keluar dr opis..call en rahim ... 

" Saya nak gerak g sana " 

"Minta maaf ct, sy nak batalkan tempahan... isteri saya baru je semalam meninggal dunia..sekarang sedang menguruskan jenazah"

" ok baik en rahim. Innalillahiwainailahirojioun...salam takziah" 

Tp akak kabinet n staff tetap jugak ke.rumah itu tp sebagai menziarahi dan memberi penghormatan terakhir. " 

" En rahim.. saya nk pulangkan bayaran booking" 

"Tak pe le ct simpan dulu..nanti apa2 saya hubungi ct" 

Masa pun berlalu... hampir 6 bulan jugak rasanye...akak kabinet sebenar hampir melupakan kisah kabinet tersebut. Sehingga 1 hari En Rahim dtg bersama anaknya

" T... saya nak buat kabinet dapur...sama macam design dan bahan yang arwah hendak jangan kurang sikit pun... dia nk sgt kabinet dapur kamu... walaupun dia dah tak de... tapi sy nk jugak kabinet tu...ni saya tokok baki depositnya. 

Dari pengalaman itu..akak kabinet yakin dan percaya jika dah mmg rezeki kita..mcm mn ujian pun..akan tetap jadi rezeki kita. Kalau dah memangg bukan... mmm...sambung le kome. 

Hormati Hasil Kerja Orang Lain : Jangan Copy Tanpa Kebenaran Dan Mengaku Sendiri Punya.

Tapi masa proses pemasangan tu..akak kabinet dan staff sgt2 menjaga laku dan kata2... agar En Rahim dan anak2 tidak bersedih. Konsep klasik simple dgn sentuhan moden pd bahagian finishing. 

Al-fatihah kak. Semoga akak ditempatkan dikalangan org2 beriman. Terima kasih kak. Kabinet akak dh siap. Anak2 dh kemas2kan dapur.





No comments:

Post a Comment