WANITA, DAPUR, BAWANG DAN PASAR
Wanita, Bawang, Pasar Dan Dapur : Sumber Wak Google |
Disetiap dapur sama ada kecil atau besar, pasti item ini berada di dapur. Ianya merupakan bahan utama dalam setiap masakan kita. Sebenarnya banyak jenis bahan ni. memilik rupa yang hanpir sama tetapi dengan sedikit perbezaan pada warna. Tapi AWAS , ianya berbeza kegunaan dalam berbeza jenis masakan.
Akak kabinet pun baru tahu. Sebelum ni, akak kabinet main sebat je guna bawang. Janji bawang. sebab tu le gamaknya, menu yang sama tapi bila menggunakan bawang main samberono je, hasil rasa masakan pastiada sedikit perbezaan.
Buat anak-anak, mereka tak perasan sangat perbezaan rasa. Janji mamanya masak, semua pun sedap. Paling WIN goreng telor aje pun rasa sayang dah berganda-ganda.
Beberapa hari yang lepas, akak kabinet mengunjungi Emak akak kabinet. Balik kampung le kononnye...bunyi macam jauh je kan... tapi kampungnya kat Ipoh je. Mak tegur bila akak kabinet guna blender bawang besar untuk penyediaan kuah kacang.
Ehh... salah ke mak... selalu buat kat rumah... guna apa-apa je jenis bawang...kih7x... maklumla..para-para ni..spesifik sikit bab bahan yang nak digunakan dalam masakan. Hasil dari itu, terpaksa akak kabinet menahan telinga mendengar penerengan mak pasal BAWANG .
Pasal BAWANG tau...bukan pasal salah tegur anak-anak ke..bukan pasal benda-benda serius... hanya PASAL BAWANG. Balik dari rumah mak, akak kabinet pun Google untuk membuktikan apa yang mak cakap tu betul...
Haissshhh...bertuah punya anak...Wak Google jugak la yang lebih percaya dari Mak kau sendiri... kih7x... Bukan tak percaya... cuma mencari bahan untuk nak share dengan korang yang rajin bca blog akak kabinet ni.
Yang ini kita-kita panggil bawang merah... yang saiz nye besor lebih kurang siaz ibu jari kaki kita. Dan ada ketika lebih kecil pun ada. Bawang ini kalau dalam industri yang lebih besar, orang buat bawang goreng.
Mmmmmmmmm...bestnye bawang goreng.Teringat nak buat sup ayam la pulak... itu le akak kabinet ni...kalau bicara pasal dapur...bicara item-item diapur mesti teringatkan pasal nak makan.
Yang ni plak, omputih panggil White Onion...bukan bawang putih tu...bawang putih omputih panggil Garlic.
Ini memang akak kabinet tak pernah jumpe kat pasaraya mahu pun kedai runcit. Akak kabinet pun tak tahu nak guna mcm mana. Tapi mak cakap, Bawang ni ada kat Pizza,,,
Wahhh..kelas mak cik semah....tahu semua belaka...anak nye ni tahu main radak je..
mak cakap lagi..sebab tu bila kita buat sendiri pizza tak sama macam yang PIzza Hut Atau Dominos Pizza Punya. Sebab bawang diaorang guna berbeza... cer kome tgk dalam botol PREGO perasa Blognese...potongan bawang ni sangat subur di dalamnya. Memandangkan akak kabinet mmg tak reti masakan Mexico ni. Alamatnya memang tak de harapan le akak kabinet nak belajor lebih mendalam pasal bawang ni.
Cer kome plak teka, bawang apa sebelah kanan ni. Cer kome teka, bawang ni sesuai dengan masakan apa?
Kamus Bawang kate, namanye BAWANG KUNING. Bawang ni ada rasa pedas sikit. Akak kabinet rasa ni, bawang yang diaorg kedai siam, masak tom yam atau sup Ekor ala-ala thai.
had ini depa pangggi; SWEET Onion, masni gamaknye.. had ni kalau nak buat Onion Fries had ni la...uihhh sedap kan... menceceh air liur akak kabinet membayangkan makanan yang sedap2.
Mak cakap ada lagi bbrp jenis bawang, tp akak kabine google tak jumpa plak rupa parasa nye kut-kut la berbeza dari bawagn had yang ni.
Baru la sekarang ni tahu, setiap bawang tu ada fungsi pada makanan yang berbeza. Selama ni akak kabinet beli ja apa yang ada kat kedai. Janji Bawang. Boleh buat sambal tumis.
Bawang pun ada banyak jenis, ini plak manusia. Tekak Pun berbeza citarasa. kan..kan..kan
No comments:
Post a Comment