Wednesday, 18 January 2017

DAPUR KACA MELETUP..!!!?



Walaupuan tak kerap memasak, hanya rutin di waktu pagi sahaja akak kabinet memasak. Masak dalam kuantiti yang agak banyak , seperti Menu sarapan , Lunch Dan Makan Malam, selalunya Lauk yang sama.

Sebagai Contoh, Sarapan

1. Nasi Goreng + Ayam Goreng Kunyit + Sayur Tumis + Paprik seafood.

Menu sama je bila lunch dan makan malam nanti. Menu2 tersebut untuk anak2 danpembantu rumah yang tinggal kat rumah.

Cuma akak kabinet dah siap2 asing untuk sarapan, lunch dan makan malam. Pembantu rumah Akak Kabinet tinggal panaskan sahaja bila time lunch nanti atau pun makan malam nanti.

Dalam sehari itu je la waktu akak kabinet ke dapur.

Dasar Pemalas Punya IBU dan ISTERI ..kih7x

Sebenarnya bukan itu yang nak di jadikan story.

Dapur adalah passion akak kabinet. Pada akak kabinet dapur ni macam pusat kebahagiaan dalam sesebuah rumah.

Sekarang memang peseyen orang, bukan orang je akak kabinet pun suka guna dapur kaca. Nampak elegant je kan guna dapur kaca. Kemas je dapur kan.

AWAS..!!!!



Baru-baru ni ada keluar di dada akhabr (ayat kelas & poyo kih7x) dapur kaca meletup dan meletus hampir meragut nyawa pengguna dapur tersebut.

Akak kabinet pun cuak gak. Seram aje kan. Sebenarnya banyak sangat punca boleh menjadikan dapur kaca tersebut tisak selamat untuk diguna.

Setelah dikaji dan digali. Pasal dapur ni pun akak kabinet pergi belajor kome tahu tak. Punya la gila apa2 sahaja pasal dapur.

Apa yang dapat akak kabinet simpulakan adalah seperti tips2 di bawah.

Sampai ayat yang ni, kome rajin baca kan. makanya akak kabinet harap kome teruskan memaca sehingga habis. dan praktik atau balik nanti cek dapur korang.

Ingat!!!.. Bukan hanya kena cantik, apa yang paling penting adalah KESELAMATAN.


Tip Kselamatan & Pemilihan Dapur Kaca.

Pilih Dapur Kaca

1. Pilih dan beli built in glass hob tahan panas sehingga 8000 c.

2. Carilah dapur yang tidak mudah berkarat seperti yang diperbuat daripada keluli tahan karat, kaca atau enamel. Dapur yang berbahan seperti di atas akan lebih tahan lama serta lebih mudah untuk dibersihkan.

3. Pastikan kedudukan glass hob stabil dan tidak mudah bergeser saiz lubang untuk built in dapur tu kena ngam-ngam, jgn ketat sgt...jgn longgar sgt.

4. Pilih dapur gas binaan dalam yang sesuai dengan keperluan harian. ini kome kena tahu kome jenis memasak mm mn. Memasak ala-ala malas ke...memasak ala-ala kenduri ke.

5. Sesuaikan dengan bajet anda. tapi pesan akak kabinet jangan le beli yang murah sangat. Ataupun jenama yang ntah hape-hape.

Tips Keselamatan Bagi Menggunakan Dapur Built In.

1. Pastikan tong kome tak duduk bawah dapur korang.

2. Dapur dan regulatornya berfungsi dengan baik.

2. Guna regulator bertanda SNI, dan ada safety lock.

3. Pakailah regulator yang ada pelindung agar tidak mudah rosak dan menghindari daripada gigitan tikus.

4. Periksa dan bersihkan dapur sekerap mungkin, minima tiga bulan sekali. Kalau akak kabinet, setiap 1 bulan sekali akak kabinet cek, setiap kali tukor tong gas.

Balik Rumah nanti kome cek dapur kome ye.

No comments:

Post a Comment