Kajian yang dilakukan bahawa kebanyakkan wanita banyak menghabiskan masa di rumah tertumpu di ruangan dapur. 87600 minit kita habiskan masa di dapur. Ini antara penunjuk ruangan dapur adalah ruangan terpenting di dalam satu-satu kediaman.
Kenapa Dapur Penting ?
Tak kisah la apa bangsa dan budaya pun di dunia ini, semuanya sangat menitik beratkan ruang dapur. Ruang dapur adalah jantung hati pada mereka yang sangat sukakan memasak kerana di dapurlah merupakan ruang eksperimen bagi mereka mencipta makanan-makanan yang lazat dan dimasak dengan kasih sayang.
Sepanjang berkecimpung di dalam industri perabut tempahan ini, terumatamanya dalam mengubahsuai ruang dapur, saya sendiri dapat melihat bahawa ruangan dapur ini sedikit sebanyak mempengaruhi cara hidup. Pasangan guru mengolah dapur berbeza dengan pasangan Doktor.
Sungguhpun begitu, tidak kisah apa sahaja pekerjaan atau profession isi rumah tersebut, setiap hari kehidupan kita bermula di dapur bagi sessi sarapan sebelum ke tempat kerja mahupun ke sekolah (bagi anak-anak)
Ianya antara sebab mengapa dapur itu penting. Kerana ianya adalah tempat pertemuan pertama ahli keluarga di pagi hari sekiranya keluarga itu mengamalkan makan sarapan bersama.
Ini juga mengapa pada kebiasaanya, apabila kerja-kerja mengubahsuai ruang dapur dan juga merekabentuk kabinet, golongan ini akan minta supaya sediakan ruangan kaunter semenanjung ataupun kabinet pulau.
Pada keluarga sebegini, pada pendapat mereka dapur menjadi ruangan intim bagi
perhubungan ahli keluarga, ruangan ini sering di penuhi dengan aura kasih sayang antara ahli keluarga.
Dapur menjadi ruangan penting kerana ianya adalah ruangan gossip paling syahdu.
Bukanlahhh.... Dapur merupakan ruang sosial. Ingat tak dulu-dulu di kampung, atok-atok kita bina rumah , dapurnya mesti besar dari ruangan lain.
Ayat-ayat atok-atok kita selalu sebut,
‘senang nanti kalau kenduri kendara, adik beradik sedara sepapat boleh berkumpul di ruangan dapur mengeratkan silaturahim'
Jika bahasa modennya, dapur sebagai tempat berkumpul ahli keluarga.
Not Just A Kitchen.
Bab yang ini tidak dinafikan, saya sendiri menghadapinya. Ruangan dapur bukan hanya sekadar ruangan para ibu. Para bapa juga kini, telah menitik beratkan ruangan dapur.
Dapur mesti bersih, selamat dan praktikal. Kini dapur dah jadi ruangan ibu dan anak-anak berinteraksi. Ianya menjadi ruang alternatif anak-anak nak bergossip dengan ibu.
Dulu-dulu, zaman mak abah kita, waktu memasak anak-anak diletakkan di ruang tamu tidak dibenarkan masuk ke dapur, kerana dapur menjadi tempat yang bahaya.
Kini dengan segala rekabentuk dan susunatur, para ibu dan anak-anak boleh menyediakan makanan bersama. Ianya akan menjadi latihan kepada anak-anak untuk biasa di dpaur dan ringan tulang untuk membantu ibu di dapur apabila dewasa kelak.
Maka adalah penting mempertingkatkan fungsi ruangan dan keselamatan supaya
boleh menjadi tempat yang baik untuk ibu dan anak dan tercipta bonding time antara
mereka.
Anda meminat untuk mewujudkan ruang dapur anda sebegini penting dalam keluarga?
Haa…. nak tak kalau kami bantu menjadikan impian anda dapur yang cantik, tersusun tercapai?
Jangan risau , kami PAKAR dalam menyelesaikan masalah sis.
===============================
"MACAM MANA NAK ORDER."
===============================
Anda hanya perlu
Taip >> KABINET DAPUR << ke http://www.wasap.my/60175864878
untuk tetapan temujanji Ziarah & Sukat atau pertanyaan lebih lanjut lagi.
No comments:
Post a Comment