Thursday, 26 January 2017

JENIS-JENIS SINKI : DAPUR



Sinki Dapur Sering dikaitkan degan aktiviti mencuci pinggan mangkuk dan juga bahan basah untuk memasak makanan. Kehadiran sinki adalah item wajib dalam sesebuah dapur. 


Fungsi adalah sangat penting. Namun begitu ianya harus dipadankan dengan fungsi atau cara penggunaan dapur. Antara sifat penting dalam pemilihan sinki perlulah ada ciri-ciri  keselesaaan semasa menggunakannya dan mudah untuk dijaga.

Dibawah ini, diserta beberapa jenis sinki buat rujukan pembaca.



Ada beberapa perkara wajib dipertimbangkan sebelum membuat pilihan membeli sinki.

Yang pertama.

“…adakah kita termasuk didalam golongan orang yang suka memasak…”

“…adakah kita golongan yang suka memasak menu-menu yang mudah, menu campak buang?..”

Kenapa perlu tahu kita berada di dalam golongan pengguna jenis dapur yang macam mana? Ianya ianya penting untuk kita mengetahui bagai sifat kita menggunakan dapur. Kerana jawapan itu juga yang akan menentukan jenis sinki yang bagaimana yang akan kita pilih.

Soalan yang kedua,

“.. adakah kita memerlukan sinki mangkuk tunggal, mangkuk double atau mangkuk triplet..”

“…adakah kita hanya memerlu sinki mangkuk tunggal yang boleh dipelbagaikan atau sinki yang mempunya fungsi yang berbeza..”

Setelah tahu jawaban kita dari dua soalan tersebut, baru lah kita boleh mula memilih sinki. Ini adalah kerana dipasaran sekarang, terlalu banyak lambakan sinki yang mungkin tidak sesuai dengan keperluan kita,

Dengan cara ini juga, kita akan dapat berjimat dan tidak membeli yang pada akhirnya kita tidak menggunakannya.


SINKI : MANGKUK SINGLE YANG BESAR








Akak cabinet suka dengan sinki ni dan selalu gelarkan sinki ni SINKI MAKMAL. Ianya terdiri daripada mangkuk tunggal yang mempunyai kedalaman hamper 25cm dan lebar 90cm. Sinki ni kadang-kadang salah digunakan dengan memandikan bayi dalam sinki. Hahhaha.

Sinki ni sesuai untuk tuan ruamh yang mempunyai hobi memasak dan kuantiti yang besar. Sinki jenis ini, selalunya telah lengkap dengan aksesori yang akan memudahkan kerja-kerja memasak. Haaaa…sape yang jenis peel bila memasak pakat lempor je bila dah siap memasak atau tengah mesak, tak nak pakai sudip A, baling je dalam sinki, ambik sudip C plak….memang sesuai sangat pakai sinki jenis ni.


SINKI: MANGKUK DOUBLE







Sinki jenis ni pun banyak rupa parasnya, sungguh memag ada dua mangkuk. Ada dua mangkuk dua-dua sama besar, ada yang sebelah besar, sebelah kecik. Ada yang sama besar tapi tak sama ketinggian. Ianya juga dipilih bergantung kepada cara kita menggunakan dapur.



Namun begitu, bestnya ada dua mangkuk ini, kita boleh pisahkan kegunaannya. Atau kalau banyak pinggan mangkuk yang nak dicuci, boleh lah bekerjasama dengan suami untuk bercuci bersama-sama. Ringan sikit tugas tu kan.



Sinki yang mempunyai mangkuk yang tidak terlalu dalam, sekitar 5-6inci adalah sesuai unutk mencuci sayur dan bahan masakan. Dengan kata lainnya kerja-kerja mencuci makanan. Jika mangkuk sini yang dalam 8-10 inci, sangat sesuai untuk mencuci peralatan memasak sebagai contoh, periuk kuali dan sebagainya.


SINKI : TIGA MANGKUK





Had ni special sikit, pada kebiasanya sinki jenis ini mempunyai 2 mangkuk besar dan 1 mangkuk kecil. 1 mangkuk kecil itu pada kebiasaanya adalah mangkuk yang mempunyai saluran pembuangan sisa makanan atau sisa pemotongan makanan.

Istimewaannya adalah sinki jenis ini, dari awal memproses makanan kita dah meminimakan dari kotoran. 


Dan kita dapat menjaga tahap kebersihan makanan dengan lebih baik. 


Tetapi, kita perlu lebih masa untuk membersihakannya. Maklumlah udah ada tiga mangkuk kan.

Jenis-jenis sinki ini bukan sahaja berbeza dari paras rupa nya, malah dari segi harganya jugak. Sebab itu lah kita kena tahu, kita ni guna dapur jenis macam mana, andainya kita sememaang agak cerewet semua perkara mengambil berat, rigid, makanya kita kenalah berbelanja lebih sedikit dengan memilik sinki 3 mangkuk ini.



Andai kata, kita sememangnya, Chef yang sering masak yang simple2, bujang style, maka sinki dengan mangkuk tunggal adalah lebih praktikal. Dan juga jika dapur kita tu, comel aje, sinki mangkuk tunggal sudah memadai.



Ini baru bab jenis sinki kome oiii…. Belum lagi bab material pembuatan sinki yang memain peranan penting jugak.

Kita sambung pada artikel lain pulak ye.

No comments:

Post a Comment