Dapur adalah “JANTUNG’ bagi sesebuah rumah. Disinilah menjadi pusat ‘hiburan’ sesebuah. Semua orang pasti menginginkan ruang dapur yang indah dan dan luas.
Kini, adalah menjadi trend kepada pemaju perumahan membina rumah dengan rekaan dan susunatur ruang dapur agak terhad. Bagi mereka yang mempunyai peruntukkan bagi kerja-kerja ubahsuai, 9 perkara perlu dipertimbangkan sebelum kita membuat keputusan untuk membuat kerja-kerja ubahsuai ruang dapur.
Rujuk senarai semak kami ini, sebagai panduan.
1. TENTUKAN BAJET
Sebelum anda memulakannya, tentukan bajet anda. Berkomunikasi atau beritahu kepada kontraktor anda supaya kedua pihak jelas. Pihak kontraktor akan menyediakan rekabentuk dan cadangan bahan-bahan mengikut bajet anda.
2. TEMPOH MASA SIAP.
Bertanyakan kepada kontraktor anda tentang tempoh siap kerja-kerja ubahsuai tersebut. Pada kebiasaan, tempoh siap paling singkat adalah 10-14hari bekerja atau paling lama pun 30-45hari. Kedua-dua tempoh ini bergantung kepada jenis ubahsuai yang akan dijalankan.
3. PERTIMBANGKAN UBAH & ALIH SUMBER AIR DAN ELEKTRIKAL.
Pertimbangkan jika ada paip perlu dipindahkan. Itu, bercakap dengan kontraktor anda tentang kemungkinan dan perbelanjaannya.
4. SEDIAKAN PERMIT.
Sesetengah jenis ubahsuai memerlukan permit kerajaan tempatan. Ini adalah penting terutamanya apabila anda cuba untuk menjual atau membiayai semula rumah anda, kerana pembeli dan peminjam akan ingin memastikan bahawa pengubahsuaian anda mematuhi kod badan-badan berwajib.
5. TENTUKAN RUANG STOR & PENYIMPANAN.
Memikirkan berapa banyak simpanan yang anda mahu. Pastikan anda berfikir melalui semua barangan di dapur anda.
6. ALIRAN UDARA.
Bergantung kepada keadaan tetingkap anda, anda mungkin mahu beberapa cara untuk melepaskan apa-apa bau masakan dan asap. Pertimbangkan pilihan anda dan bercakap dengan kontraktor anda tentang bagaimana anda akan melepaskan yang bau masakan ke luar.
7. PILIH PERALATAN.
Pilih peralatan dan barang-barang yang hendak digunakan. Asing atau sisih, mengikut kadar kekerapan sesuatu peralatan itu digunakan. Peralatan dan barang yang akan digunakan secara rutin hendahklah diletakka di kawasan pinggang kebawah. Seperti kuali, periuk belanga yang digunakan secara harian, diletakkan dan disimpan dibawah kompor bagi memudah pergerakan ambil dan simpan. Peralatan yang digunakan setahun dua kali mahupun sekali setahun, letakkan di bahagian kabinet atas. Apabila ada event tertentu baru barangan dan peralatan ini diambil dan digunakan.
8. FUNGSI SUSUN ATUR.
Kaji dan bincang dengan kontraktor anda, pelan susunatur yang bagaimana anda mahukan. kerana setiap orang mempunyai kadar tolenransi yang berbeiza terhadap satu-satu ruang.
9. NEGOTIABLE
Maklumkan kepada kontraktor anda barang, bahan datau peralatan yang wajib ada di ruang dapur anda dan anda tidak boleh hidup atau tidak boleh berada di dapur jika barangan atau peralatan itu tiada. Ini bermaksud kontraktor akan merekabentuk tanpa gagal supaya peralatan tersebut pasti ada di dapur baru anda nanti.
Diharapkan dengan panduan ini membantu anda dalam proses sebelum membuat kerja-kerja ubahsuai dapur anda.
Untuk Tetapan Temujanji ZIARAH & SUKAT atau sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi kami melalui Whatsaap menggunakan link di bawah:-
http://www.wasap.my/60175864878
No comments:
Post a Comment