Tuesday, 19 June 2018

CARA MENCEGAH SERANGGA DAN BINATANG PEROSAK DI DAPUR


Dapur merupakan salah satu ruang yang sangat penting didalam rumah, dimana kebersihan mesti sentiasa diutamakan. Ini adalah kerana ianya adalah tempat menyediakan makanan untuk keluarga kita. 


Selain daripada itu, dapur juga befungsi sebagai tempat menyimpan makanan dan tempat kita seisi keluarga menghabikan masa bersama. Oleh itu, dapur mestikan bersih dari kotoran dan serangga perosak kerana ianya dapat menyebabkan pelbagai penyakit.



Lipas, semut dan tikus merupakan jenis haiwan perosak yang sering ditemui didapur. Ia akan menjadi sangat berisiko jika anda menggunakan sejenis racun perosak untuk membunuh haiwan ini kerana ianya boleh mencemarkan makanan di sekelilingnya. 



Cara terbaik untuk mencegah dapur anda dari serangga dan haiwan perosak ini adalah dengan mengambil langkah-langkah berjaga iaitu mencegah

Namun begitu, jika serangga dan haiwan perosak ini telahpun memasuki dapur anda, ada cara untuk mengatasinya. Berikut adalah beberapa langkah semulajadi yang berkesan untuk mencegak serangga dan haiwan perosak memasuki dapur.



1. JANGAN MALAS

Basuh semua perkakas dapur sebaik sahaja ianya selesai digunakan. Alat memasak, pinggan mangkuk, gelas dan hidangan kotor hendaklah dibasuh serta-merta selepas anda selesai memasak atau makan bersama keluarga. Lebihan makana perlulah ditempatkan didapam bekas terttup dan disimpan dalam petisejuk. Jangan sesekali lebihan makan dan pinggan mangkuk kotor ditinggalkan didalam sinki tanpa di basuh. Sisa makananyang telah dibuang ke dalam tong sampah, sila bawa keluar dari dapur, buang keluar, masukkan ke dalam tong sampah yang tertutup rapi.



2. PENCAHAYAAN YANG CUKUP

Cuba perhatikan pencahayaan lapur didapur anda. Sekiranya cahaya lampu terlalu redup, segera tukarkan bulb lampu tersebut. Ini kerana dapur yang cukup pencahayaannya akan kelihatan lebih bersih dan menjadikan cukup kering dan dapat elakkan dapur dari menjadi terlalu lembap yang boleh mengundang tikus, lipas dan serangga yang sukakan ruangan yang bersuhu lembap. Dapur yang agak cerah menakutkan tikus.



3. KELUARKAN SAMPAH SETIAP HARI

Wajib buang sampah didapur setiap hari. Sampah yang dikumpul seawal 7 pagi hendaklah dibawa keluar dari ruangan dapur selewatnya 7 malam. Jangan simpan sampah dapur anda lebih dari 12 jam. Ianya bukan sahaja menjemput serangga dan binatang perosak, malah ianya juga akan merosakan hinges-hines di kabinet dapur. Sekiranya semula langkah-langkah seperti diatas telah anda lakukan dengan baik. Namun masih serangga dan haiwan perosak ini mengunjungi ruang dapur anda dan berpesta.

Cara-cara dibawah ini merupakan cara semulajadi tanpa racun perosak.



A. DAUN BASIL

Ramas-ramas kasar daun basil tersebut, masukkan kedalam botol penyembur, tambahkan air dan goncang. Tanpa penutup botol, letakkan di sudut-sudut yang sering menjadi tempat permainan serangga dan haiwan perosak tadi. Selain dapat menghindarkan tikus dan lipas, aroma daun basil boleh menyegarkan ruang dapur anda.


B. SERBUK KOPI

Ambil segenggam serbuk kopi apa-apa jenama pun. Letakkan di atas pinggan besi. Dan bakarkan serbuk kopi tersebut. Asal kopi yang sedap itu mampu menghalaukan lipas dan tikus dari dapur anda. Jika ada tempat perasap punlebih baik, selain dapat halau lipas dan tikus, cantik sebagai deko ruang dapur anda.


C. AIR LEMON

2-3biji Lemon. Botol Penyembur. Air. Perah lemon kedalam botol yg telah diisi air. Sembur keseluruhan dapur. Aroma dan bau dari lemon sangat dibenci oleh tikus dan lipas. Menjaga dapur bersih dari seranggan dan haiwan perosak adalah salah satu cara menjadi kesihatan dan keselamatan isi rumah. Selamat mencuba.

Semoga Bermanfaat.

No comments:

Post a Comment